Ahad, 8 Jun 2008

minyak punya pasal

inilah antara peristiwa dari kenaikan harga minyak
semua orang sibuk nk isi minyak murah buat kali terakhir. tetapi akhirnya minyak yang diharapkan murah tu, jadi mahal sebab lama menunggu. paling cepat waktu menunggu 45 minit.
kita tak marah kerajaan nk menarik subsidi minyak, walau ditarik subsidi habis sekali pun. kita dah menjangkakan minyak akan naik apabila harga minyak di pasaran dunia melonjak naik. ini kita memang tak boleh halang.
akan tetapi, rakyat jadi marah apabila ditipu. kerajaan dah umumkan minyak akan naik pada ogos, tiba-tiba minyak naik pada jun. tak ke haru dibuatnya. pengumuman kenaikkan harga tu terus berkuatkuasa serta merta pulak tu. rakyat cuma ada masa kurang 12 jam saja nak isi minyak dengan harga lama.
ntah apa ler yang ada dalam kepala otak dia orang ni, tak habis-habis nk menipu rakyat.
aku memang dari dulu tak setuju dengan subsidi minyak ni. sampaikan bertekak dengan ketua bahagian supaya dia bawa hal ni ke pihak atasan. subsidi minyak ni hanya menguntungkan orang-orang kaya jer.
bagi orang-orang kampung, mereka akan kerugian. tetapi orang kampung memang tak tau perkara ni dan harus diberi penerangan yang secukupnya.
kerajaan malaysia sekarang ni kebanyakkan cuma tau bercakap tapi tak banyak yang berfikir. dah tarik subsidi tu dah ler, ada ke nak pulangkan lagi duit pada rakyat. dah macam rasuah pulak. kalau macam ni, sama juga dengan beri subsidi minyak. bagi orang yang pakai kereta dapat banyak, yang pakai motor dapat sikit. dah ler yang pakai kereta tu memang banyak duit, dapat lagi banyak subsidi. yang pakai motor ni, dah tentu tak mampu pakai kereta, dapat subsidi pulak sikit. ini dah macam kat india, yang kaya makin senang yang susah makin susah. apa punya bangang la idea dia orang ni. entah kepala otak sapa la yang memikirkan benda ni.
cuba ler duit subsidi tu ditambahkan ke barang lain, beras,tepung, gula, minyak makan, sayur, ayam, daging dan macam-macam lagi barang yang menjadi keperluan orang-orang peringkat bawah. mansuhkan segala bayaran di sekolah-sekolah kerajaan, hapuskan cukai jalan bagi kereta 1500cc dan kebawah, bagi 1600cc -2000cc pula dapat separuh harga, dan 2001cc keatas bayar penuh ler, dah tentu orang kaya jer yang pakai atas 2000cc.
bagi subsidi makanan yang sedia ada tak cukup untuk mereka. tambahkan lagi subsidi untuk barangan makanan kerana hanya orang peringkat pertengahan dan bawah saja yang banyak membeli. bagi orang kaya dah tentulah makan kat restoran atau hotel. makanan kat rumah dimasak pun cuma seminggu sekali, yang hari-hari makan kat rumah cuma orang gaji jer.
walaupun minyak mahal, tapi kalau beli gula sekilo RM1 kan sedap bunyi tu. baru la kepentingan orang kampung terbela, sesuai dengan subsidi.
bagi orang kampung yang dah tentu cuma pakai motor, 1 hari guna minyak lebih kurang RM3=1.6ltr minyak petrol...jadi mereka dapat subsidi dari kerajaan RM1.73.
bagi orang pertengahan guna minyak 1 hari RM20=10.42ltr petrol..dapat subsidi dari kerajaan RM11.25.
dan orang kaya guna minyak 1 hari RM50=26.04ltr petrol... dapat subsidi dari kerajaan RM28.12. cuba lihat perbezaan yang sangat ketara penerimaan subsidi sebelum ini.

itulah puncanya yang menyebabkan aku cuba perjuangkan akan ketidakadilan subsidi minyak ini.
tetapi kalau nk membuat perubahan, buatlah perancangan dengan teliti. bukan macam sekarang, suka hati dia orang je nak buat macam tu. kalau setakat nak buat keputusan macam tu, aku pun boleh jadi menteri.

Posted by Picasa

Tiada ulasan: