Ahad, 14 Disember 2008

peugeot405.5sri

peugeot model baru, 405.5sri
amacam... ok tak modifikasi model 405 ni
nanti aku amik gambar lagi apa yang dah aku modified

klik untuk berita penuh »»

Jumaat, 12 Disember 2008

MEMPERKASA MARUAH BANGSA

gendang sudah berbunyi, menandakan bermulanya episod baru kempen pemilihan UMNO tahun ini. setelah berjaya memenangi jawatan ketua pemuda bahagian, saudara ali mazat salleh mula mengorak langkah untuk bertanding jawatan EXCO PEMUDA MALAYSIA. melihat dari sambutan yang diterima di bahagian2 lain dan juga sokongan dari ketua2 pemuda bahagian di negeri johor dan melaka.... insyaalah beliau boleh berjaya.

apatah lagi dengan sokongan padu dari saudara fadil misnan yang merupakan naib ketua pemuda yang baru, gerakan untuk mencari sokongan di seluruh negara tampak terbuka luas.

dengan slogan " memperkasa maruah bangsa" yang merupakan hala tuju saudara ali untuk membawa golongan pemuda kearah yang lebih kuat, tangkas dan berani.


slogan inilah yang telah membawa golongan pemuda2 yang baru di bahagian kulai untuk lebih berani dan mengenali apakah itu perjuangan bangsa melayu. perjuangan yang bukan berlandaskan wang semata-mata kan tetapi lebih kepada agama dan bangsa.
perjuangan yang berlandaskan kepada bangsa melayu, yang mana semakin kurang difahami oleh golongan2 muda dan profesional... kerana kurangnya pendekatan yang diberikan kepada mereka oleh pemimpin2 UMNO sendiri. sehinggakan mereka lebih taksub kepada perjuangan retorik yang dibawa oleh pemimpin2 alternatif yang nyata mempunyai agenda tersembunyi tetapi dikaburkan dengan perjuangan yang seolah2 nampak suci.

dengan pengalaman beliau yang ada semasa memegang jawatan naib ketua pemuda bahagian kulai dan memegang biro latihan pemuda bahagian kulai... serta berjaya membawa dan memberikan kesedaran kepada pemuda2 peringkat akar umbi yang selama ini tidak memahami erti perjuangan UMNO yang sebenar2nya... didalam beberapa program jati diri, maka beliau bertekad untuk melebarkan lagi kejayaan ini untuk seluruh pemuda di malaysia.

dalam rancangan beliau, seandainya berjaya memenangi jawatan EXCO pemuda malaysia... beliau akan melaksanakan program yang telah dilaksanakan di bahagian kulai ke seluruh bahagian2 di negeri lain. untuk memastikan golongan sasaran iaitu pemuda2 akar umbi yang kurang diberikan perhatian dan kurang kesedaran tentang perjuangan.

semoga perjuangan beliau diberkati ALLAH dan disokong oleh seluruh perwakilan2 nanti

insyaalah

klik untuk berita penuh »»