Khamis, 28 Ogos 2008

selesai sudah meyuarat pemuda cawangan

akhirnya, mesyuarat pemuda umno dicawangan2 selesai sudah. berbagai2 ragam yg ditemui. keputusan pencalonan diantara ali mazat dan jafni adalah seperti berikut.


ali mazat mendapat 28 pencalonan dan jafni mendapat 13 pencalonan
azam mendapat 26 pencalonan dan fadil mendapat 15

persidangan agung pergerakan pemuda umno bahagian kulai dijangka diadakan pada 19 oktober 2008.

aku bertanding ajk pemuda bahagian dan juga perwakilan umno bahagian ke perhimpunan agung umno malaysia(G7)
aku nak bertanding G2 tapi ramai yang berebut, jadi aku tukar bertanding G7 pulak.

peluang utk aku??????
agak cerah juga la, walaupun aku dalam pemuda tapi perwakilan dari cawangan pada tahun ni memang ramai pemuda. hampir separuh pemuda jadi perwakilan cawangan.

walaupun ada beberapa cawangan tak lepaskan pemuda sebagai perwakilan, akan tetapi ada beberapa cawangan yg menghantar hampir semua kuota perwakilan dari golongan pemuda.

dan beberapa cawangan pula ada 3-4 perwakilan adalah pemuda.

rentap juga kali ni.
lagi berapa hari dh nak sambut hari kemerdekaan, aku macam biasa ler. menguruskan peserta2 larian merdeka.
tahun ni larian bermula dari terminal bas kulai hingga ke IOI Mall.

lepas tu sambut puasa pula

selamat hari MERDEKA!!!!!!
aku ni memang patriotik, golongan pejuang memang mcm ni

dan selamat menyambut RAMADAN AL MUBARAK

klik untuk berita penuh »»

Rabu, 20 Ogos 2008

peugeot in progress

peugeot aku sedang dalam proses pengubahsuaian. harap2 sempat siap menjelang hariraya ni.




anak aku tak kenal kereta ni, nasib baik dia masih kenal ngan rim kereta aku. mula2 dia kata bukan kereta abah, tapi bila nampak rim kereta terus jer kenal. budak2 sekarang ni lain macam dia punya ingatan
suka betul anak aku ni dengan kereta modified, kereta racing katanya

klik untuk berita penuh »»

Sabtu, 16 Ogos 2008

permatang pauh

permatang pauh..... tunggu aku, aku akan kesana. bagi kawan2 yg tak sibuk, marilah kita sama2 membantu di sana. permatang pauh akan bertambah meriah dengan kehadiran kita.



walaupun kita tak boleh mengubah keputusan yg mungkin berlaku, akan tetapi kita boleh menyumbang tenaga dan memberi semangat kepada kawan2 kita yg bertugas disana.

aku bukan mahir sangat dalam berkempen ni, tapi demi menambah pengalaman aku akan kesana dengan beberapa rakan2 seperjuangan.

permatang pauh... tunggu aku disana... disana disana.....

klik untuk berita penuh »»

i'll be back

lama betul tak update blog ni, terlalu sibuk ngan tugas dan tanggungjawab yg perlu dilakukan. walaupun sibuk, kerja2 politik tetap diteruskan. mcm2 peristiwa berlaku kebelakangan ini.mungkin ini

salah satu cubaan dan pelajaran yg boleh dijadikan panduan utk aku.

aku baru membina laman web berbayar utk aku curahkan segala pengetahuan yg aku ada. laman web itu akan aku turunkan segala ilmu dan pengetahuan yg selama ini tersimpan didalam kepala otak aku.

kalau aku simpan dalam kepala sapa yg tau, betul tak. dan aku sendiri tak dapat mengingati semua sekali dalam satu masa.

jadi dengan terciptanya laman web itu, dapatlah aku turunkan semua bila terlintas dalam kepala. mulai sekarang aku kena bawa buku nota, bila datang jer ilham aku akan tulis dulu.

mungkin aku akan buat laman web itu dalam 2 bahasa iaitu english dan malay utk memudahkan rakan2 membaca dan memahami.

oleh kerana sibuk utk membina laman web itulah yg membuatkan aku tak sempat update blog nih.

almaklum ler, aku bukan pandai sgt dlm dunia it ni. nak buat layout web tu pun tak siap smpi sekarang. memang ler aku dh ada website sebelum ni tapi yg percuma. akan tetapi cara utk membangunkan website berbayar ni lain dari yg aku tahu. jenuh juga nk memahaminya. tetapi sebagai anak melayu yg dilahirkan dengan keazaman, aku akan cuba hingga berjaya. bila aku dh publish nanti aku akan war-warkan disini

klik untuk berita penuh »»

Ahad, 3 Ogos 2008

minggu ini semakin letih

pada minggu ni ada 4 cawangan yang bersidang. cawangan saleng,taman putri

,tmn dawani dan kg sri rahmat.
keputusannya

saleng........ali mazat salleh
taman dawani..ali mazat salleh
tmn putri.....jafni shukur
kg sri rahmat..jafni shukur

jumlah pencalonan

ali mazat salleh.....22

jafni shukur.........10

klik untuk berita penuh »»