Jumaat, 20 Jun 2008

misteri john doe

esok ada majlis perasmian daerah kulaijaya. aku sampai jam 2 ni pun tak tido lagi, masih mengadap komputer. sambil2 tu aku mencari siri tv yang pernah aku tonton di tv satu ketika dahulu. dari dulu aku suka tengok cerita superman, spiderman dan macam2 cerita yang cuma penuh dengan imaginasi saja.
aku tak berapa suka tengok cerita bentuk drama atau cerita2 benar. ye ler... kalau nak tonton cerita macam drama yusof haslam tu tak payah pegi panggung, boleh tengok 'live' jer.
kalau setakat cerita jiran2 bergaduh, adik ngan kakak tak sebulu, mak ngan bapak bergaduh berceraiberai tu dah tentu boleh nampak depan mata.
kalau nak tengok superman ke, batman ke, spiderman ke, cicakman, kluangman depan mata, sampai mati tak jumpa. kat panggung ler baru boleh jumpa.
aku suka tengok cerita macam tu sebab aku kagum dengan kehebatan pembikin2 filem ini menggunakan kreativiti yang mereka ada hinggakan benda yang tak ada boleh ada.
cerita macam tu baru boleh masuk panggung, bukannya masuk panggung nak tengok macam mana budak degil boleh jadi baik, atau cerita kakak polis adik jahat. leceh leeeerrrr....
tiba2 aku teringat cerita john doe...
salah satu cerita yang aku tak miss, john doe yang telah diberi nafas baru

dan ini john doe versi asal

Tiada ulasan: