Khamis, 18 September 2008

Bukhari al-Jauhari Pengarang Buku Politik Melayu yang Pertama

Abad ke-17 merupakan zaman perkembangan pemikiran orang-orang Melayu di Kepulauan Melayu. Ini dapat dilihat daripada buku-buku yang dihasilkan oleh pujangga-pujangga dan ulama-ulama pada zaman tersebut. Salah sebuah buku yang sangat berpengaruh ialah “Taj us-Salatin” (Mahkota Raja-raja) karangan Bukhari al-Jauhari pada tahun 1630. Buku ini merupakan panduan untuk memerintah oleh raja-raja Melayu seperti Kedah dan Johor. Raja-raja Jawa telah menggunakannya sebagai pedoman dalam pentadbiran mereka. Begitu juga Belanda yang menggunakannya untuk mentadbirkan Indonesia ketika ia menjajah negeri itu. Buku ini telah dibawa ke England dan Belanda yang kemudiannya telah diterjemahkan ke bahasa Perancis


“Taj us-Salatin” begitu berpengaruh hingga abad ke-19 ketika Munsyi Abdullah cuba mengenal atau mengetahui watak Raffles dari air mukanya berdasarkan ilmu firasat di dalam buku tersebut. Dalam bukunya “Kisah Pelayaran Abdullah” ke negeri Kelantan, Abdullah telah menasihatkan raja-raja di negeri itu supaya membaca “Taj us-Salatin” untuk mengetahui tanggungjawab sebagai raja.

R.O. Winstedt mengatakan buku ini adalah hasil kesusasteraan Parsi yang dikarang oleh Jauhar dari Bukhara, kemudian diterjemahkan ke bahasa Melayu di Acheh pada tahun 1603. Menurutnya lagi, bahawa buku ini kurang baik dan sangat kurang nilai sasteranya. Sebagai seorang Kristian, beliau telah mengecam buku itu kerana ajaran-ajaran Islam yang terkandung di dalamnya.

Werndly dalam “Maleisch Spraakunst” berpendapat “Taj us-Salatin mengandungi beberapa ajaran yang bermoral dalam bentuk cerita dan dikarang dalam bahasa yang bagus serta gaya yang baik. Taj us-Salatin adalah salah sebuah kitab yang terbaik dalam bahasa Melayu yang mudah dibaca.”

Khalid Hussain, penyunting buku “Taj us-Salatin yang terbaharu berpendapat bahawa buku ini adalah karya asli seorang pengarang bernama Bukhari dari Johor. Ini berdasarkan kenyataan bahawa ia banyak memperlihatkan keperibadian Melayu dan tidak ada bukti bahasa atau kata-kata Acheh di dalamnya. Menurutnya lagi, nama pengarang buku ini dalam huruf jawinya yang boleh dimaknakan Bukhari dari Johor. Ini memang sudah menjadi adat ketika itu yang memberi gelaran seseorang dari nama tempat asalnya seperti Hamzah Fansuri dari Fansur, Syamsuddin as-Sumatrani dari Sumatera dan Nuruddin ar-Raniri dari Rander. “Taj us-Salatin” sangat terkenal di Johor sehingga dicetak semula pada tahun 1875. Ia tidak begitu terkenal sekiranya ia bukan hasil tempatan. Katanya lagi, Johor pernah melahirkan pengarang seperti Tun Seri Lanang dan pengarang-pengarang lain yang muncul kemudiannya. Berdasarkan kenyataan di atas, adalah munasabah bahawa Bukhari adalah pengarang dari Johor.

Memang terdapat persamaan antara “Taj us-Salatin” dengan kitab Arab “Al-Taj fi-Akhlak al-Muluk” karangan seorang pengarang Arab pada zaman Khalifah A-Maamun bin Harun Al-Rasyid. Di dalam bukunya, Bukhari mengakui memang ada mengambil bahan-bahan daripada buku panduan raja-raja dalam bahasa Arab. Ini tidaklah mengurangkan jasanya sebagai pengarang Melayu yang pertama menulis buku panduan memerintah (buku politik) dengan merujuk kepada buku-buku Arab yang merupakan sumber ilmu pengetahuan ketika itu.

Tujuan beliau mengarang buku ini ialah untuk memberi panduan supaya seseorang raja itu mengetahui tanggungjawab dan boleh memerintah dengan adil.

“Taj us-Salatin” mengandungi 24 fasal yang membincangkan apakah yang perlu diketahui oleh pemerintah:
1. Manusia perlu mengenal dirinya
2. Manusia perlu mengenal Tuhan
3. Manusia perlu mengenal dunia
4. Manusia perlu mengetahui kesudahannya pada ketika maut
5. Tanggungjawab dan isfat-sifat Sultan
6. Menyatakan perbuatan adil
7. Cerita-cerita dan sifat-sifat raja adil
8. Cerita dan sifat-sufat raja kafir yang adil
9. Menyatakan perbuatan zalim
10. Tugas dan sifat-sifat menteri
11. Tugas penyurat
12. Tugas pesuruh
13. Sifat, tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan
14. Cara-cara mendidik anak
15. Hemat yang benar
16. Sifat orang berbudi (berakal)
17. Syarat kerajaan
18. Ilmu qaifah dan firasat
19. Ilmu qaifah dan firasat dengan segala hukum-hukumnya
20. Hal rakyatdan raja
21. Hal rakyat yang kafir dengan raja yang Islam
22. Hal pemurah dan ihsan
23. Hal setia dan menepati janji
24. Penutup

Semua panduan yang diberikan oleh Bukhari berdasarkan sifat-sifat pemerintah dan pemerintah yang dianjurkan oleh agama Islam. Beliau juga menyatakan bahawa rakyat patut menentang raja yang tidak mengikut hukum. Konsep ini merupakan satu konsep baru dalam masyarakat Melayu feudal yang menganggap perintah raja patut dipatuhi dengan membuta tuli.

Bukhari menggariskan 10 sifat raja atau pemerintah yang baik seperti berikut:
1. Tahu membezakan baik dengan yang buruk
2. Berilmu (kalau tidak mempunyai ilmu perlu berkawan dengan orang yang berilmu)
3. Tahu memilih menteri
4. Baik rupa dan budi pekertinya supaya dikasihi orang
5. Pemurah
6. Mengenang jasa orang
7. Berani - jika raja berani, pengikutnya juga berani
8. Mengurangkan makan dan tidur supaya tidak lalai
9. Kurang berfoya-foya dengan perempuan
10. Laki-laki, namun raja perempuan boleh dilantik jika tiada waris laki-laki untuk mengelakkan daripada berlaku huru-hara.

Kebanyakan sifat di atas masih diperlukan oleh pemimpin-pemimpin masa kini.

“Taj us-Salatin” begitu berpengaruh sehingga usaha Syeikh Nuruddin Ar-Raniri untuk menggantikannya dengan “Bustan us-Salatin” kemudiannya tidak berjaya. Kebesaran “Taj us-Salatin” dan pengarangnya boleh dilihat daripada kenyataan bahwa tidak ada buku seperti itu dalam bahasa Melayu yang berupaya menandinginya.


(artikel ini dipetik dari yayasan dakwah islamiah malaysia)

nota : Taj al-Salatin karya Bukhari Al-Jauhari di karang di Acheh pada tahun 1603 zaman pemerintahan Sultan Alauddin Ri'ayat Syah Sayid al-Mukammil



6 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Fauzi,

Saya nak bagi cadangan :-)

Better start esok u cerita pasal pemilihan peringkat bahagian..

Mesyuarat dah nak mula :-)


Beri panduan kepada perwakilan pasal
- Pemuda UMNO
- Proses pencalonan
- Etika, kaedah dan sebagainya




Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)





Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

azlishukri berkata...

saya ada kupas isu khairy.

mohd fauzi repan berkata...

terima kasih
saya dh baca 11 minit selepas awak tulis.
bahagian kulai baru tamat bersidang tadi.
saudara ali mazat bin hj salleh menang ketua pemuda bahagian dgn kelebihan 1 undi.
alhamdulillah, 1 undi pun tetap menang juga.
kami mencalonkan dato mukriz mahathir.
dato mukriz 73 undi
DS khir toyo 54 undi
KJ 2 undi

Rush Murad berkata...

kuat jugak si jafni tu yaaa.... ingatkan ali mazat terlalu kuat utk ditumbangkan.... cuma beza 1 undi.... apa pun, kawan tinjau dari jauh jerrrr...

mohd fauzi repan berkata...

kuat....
memang ler kuat
kalau dato seri khir toyo bantu kewangan.
dia janjikan mcm2 kt ko cawangan
tanah, projek majlis dan banyak lg ler

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Ok..

Tahniah kat Ali Mazat :-)