akhirnya, mesyuarat pemuda umno dicawangan2 selesai sudah. berbagai2 ragam yg ditemui. keputusan pencalonan diantara ali mazat dan jafni adalah seperti berikut.
ali mazat mendapat 28 pencalonan dan jafni mendapat 13 pencalonan
azam mendapat 26 pencalonan dan fadil mendapat 15
persidangan agung pergerakan pemuda umno bahagian kulai dijangka diadakan pada 19 oktober 2008.
aku bertanding ajk pemuda bahagian dan juga perwakilan umno bahagian ke perhimpunan agung umno malaysia(G7)
aku nak bertanding G2 tapi ramai yang berebut, jadi aku tukar bertanding G7 pulak.
peluang utk aku??????
agak cerah juga la, walaupun aku dalam pemuda tapi perwakilan dari cawangan pada tahun ni memang ramai pemuda. hampir separuh pemuda jadi perwakilan cawangan.
walaupun ada beberapa cawangan tak lepaskan pemuda sebagai perwakilan, akan tetapi ada beberapa cawangan yg menghantar hampir semua kuota perwakilan dari golongan pemuda.
dan beberapa cawangan pula ada 3-4 perwakilan adalah pemuda.
rentap juga kali ni.
lagi berapa hari dh nak sambut hari kemerdekaan, aku macam biasa ler. menguruskan peserta2 larian merdeka.
tahun ni larian bermula dari terminal bas kulai hingga ke IOI Mall.
lepas tu sambut puasa pula
selamat hari MERDEKA!!!!!!
aku ni memang patriotik, golongan pejuang memang mcm ni
dan selamat menyambut RAMADAN AL MUBARAK
10 ulasan:
Tahniah geng,
Fauzi, saya doakan u berjaya.
Taknak tanding ketua or naib ketua pemuda UMNO Malaysai ke ;-)
Apa2pun selamat bertanding :-)
Erm.. Ada topik menarik ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
http://teampemudaumno.blogspot.com
tahniah mesyuarat cawangan sudah selesai.
terima kasih saudara faizal dan saudara azli kerana menjengok blog saya
saudara faizal, saya memang tak layak bertanding ketua @ naib ketua pemuda malaysia
saya sebagai tulang belakang sudah cukup.
bertanding AJK pemuda bahagian ni pun dh cukup tinggi bg saya.
akan tetapi seandainya saudara Ali Mazat menang sebagai ketua pemuda bahagian kulai, saya akan mulakan jelajah ke negeri2 lain utk beliau bertanding sebagai exco pemuda malaysia,
mungkin kita akan berjumpa nanti.
insyallah
saudara azli, saya suka membaca blog anda kerana gaya penulisan dan pendapat anda memang saya kagumi.
teruskan dengan gaya anda itu, sebagai ahli UMNO yg matang pasti mereka akan memahaminya.
Ok.. Kira merendah diri lah ni.. :-)
Takpe.. manalah pun takpe..
Janji ikhlas :-)
Yang pasal kat laman blog saya tu dah settle.. Takyahlah discus lg pasal tu..
ok saudara faizal
kira saya dh faham ler maksud awak tu
Fauzi,
Daripada penelitian serta respon yang saya dapat, pengunjung2 blog mahu u bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia…
So mcm mana?? Setuju ke tak?
Saya dah bagitahu dalam laman blog saya
Hope u tak hampakan harapan mereka. Saya pun taknak bercakap benda yang sama.
Apa2 pun terpulang kat u. Saya tak paksa :-)
Naib ketua pemuda UMNO malaysia????
tinggi tu tempatnya, kalau jatuh dh tentu patah riuk tak boleh bangun lagi.
tapi seperti kata2 orang tua, ukur baju dibadan sendiri.
kita jangan membuat sesuatu yg diluar kemampuan kita.
setiap lelaki dilahirkan sebagai seorang pemimpin,
walau tak dapat memimpin segerombolan pejuang akan tetapi dia akan tetap memimpin keluarganya sendiri.
ada yg ditakdirkan sebagai pemimpin keluarga(sekecil2nya) dan ada yg ditakdirkan sebagai pemimpin masyarakat.
pemimpin masyarakat dr kampung hinggalah negara.
kita kena sedar dimana duduknya kita.
jika kita hanya mampu memimpin cawangan, akan tetapi berpeluang memimpin negara....
ini bermakna kita hanya mementingkan diri sendiri kerana ramai lg yg lebih layak dr kita, kerana kita hanya akan menyebabkan lebih banyak masaalah disebabkan ketidakmampuan kita itu
tempat aku hanyalah dicawangan dan bahagian aku sahaja, kerana ada lg yg jauh lebih layak.
aku akan membawa bakal ketua pemuda bahagian aku.... saudara ali mazat salleh bertanding sebagai exco pemuda malaysia.
tapi masalahnya sekarang ni...
itu respon saya.. Itu hak mereka nak calonkan sapa2.. u kena terima.
Ikut u lah... Malas dah cakap pasal ni..
Kalau mereka calonkan org lain yang tak sepatutnya... jangan nak menyesal pulak nanti..
p/s: rakyat mungkin silap menilai...tapi Tuhan tak pernah silap :-)
kalau ada yang mencalonkan saya, memang boleh gempar satu negeri johor.
tak payah banyak ler, satu pun cukup buat bahagian2 di negeri johor kena sakit jantung.
rasa2 awak ler, kalau saya bertanding, berapa pencalonan saya boleh dapat?
Oklah kalau u dah cakap mcm tu..
Nanti ramai pulak yang sakit janggut :-)
Ketua Pemuda UMNO ‘BERANI dan ‘MACHO’ ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Catat Ulasan