Isnin, 13 Julai 2015

Kehebatan Pedang Damascus (Nano) Salahuddin Al Ayyubi

Manusia mula menguasai seni membuat pedang sejak zaman Nabi Daud a.s. lagi sehingga Islam menghasilkan pedang berteknologi nano yang digeruni Barat pada zaman Salahuddin al Ayyubi.

Dunia Islam dikenali memiliki kandungan sumber alam yang melimpah ruah. Salah satu sumber mineral yang memiliki pengertian penting dalam sejarah teknologi Islam adalah besi. Pada era kegemilangan Islam, berkembang pesat teknologi penghasilan besi dan seni membuat pedang.
Salah satu pusat pembuatan pedang dengan teknologi yang termasyhur pada zaman kekhalifahan adalah Damsyik, Syria. Seni pembuatan pedang dengan teknologi tinggi dalam peradaban Islam bermula pada abad ke-9 M. Sejarawan Al-Qalqashandi dalam buku berjudul, Subh Al Asha, mencatatkan bahawa pada abad ke-12 M Damsyik menjadi pusat penghasilan besi yang sangat masyhur.


Pedang buatan Damsyik yang kerap disebut sebagai pedang Persia sangat lentur dan tajam. Kehebatan pedang dari dunia Islam sempat membuat peradaban Barat 'terdiam' dan kagum. Salah satu faktor penyebab kekalahan pasukan Tentera Perang Salib dari Eropah ketika bertempur melawan tentera Muslim adalah peralatan tempur. Selain memiliki kuda-kuda yang kuat di medang perang, pasukan tentera Muslim juga dilengkapi dengan pedang yang mampu membelah manusia dengan satu kali libasan.

Pedang persia sememangnya mengkagumkan. Ia mampu memotong sutera yang dijatuhkan dari udara. Bukan itu sahaja, pedang buatan Damsyik juga mampu mematahkan bilah pedang lain atau batu tanpa hilang ketajamannya.

Ketika zaman Perang Salib, peradaban Barat mula mencari rahsia teknologi pedang yang dikuasai dunia Islam. Tentera Perang Salib menyebut besi yang hebat dari Damsyik itu sebagai 'Damascus Steel'. Teknologi pembuatan besi dan pedang Damsyik begitu terkenal kerana mampu menempa wootz steel menjadi indah dan lentur.

Seni membuat pedang pada era kejayaan Islam mendapat perhatian khusus dari peradaban Barat. Secara khususnya, Robert Hoyland dan Brian Gilmore menulis buku bertajuk, Medieval Islamic Swords and Swordmaking. Buku setebal 216 halaman itu mengupas risalah yang ditulis ulama Muslim terkemuka pada abad ke-9 M, Yqub Ibnu Ishaq Al-Kindi, tentang 'Pedang dan Ragam Jenisnya'.

Sejak zaman Nabi Daud a.s.

Teknologi pembuatan besi nampaknya telah dikuasai manusia sejak zaman Nabi Daud a.s. Hal ini terungkap dalam surah al-Anbiyaa ayat 80. Dalam surah itu Allah SWT berfirman,

"Dah telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu. Maka, hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)."

Fakta lainnya yang menyebutkan pembuatan besi yang telah berkembang pada zaman Nabi Daud a.s. juga dengan diungkapkan dalam surah Saba ayat 10.

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman), Hai gunung-gunung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya."

Dalam surat Saba ayat 11, al Quran juga memerintahkan dan menjelaskan cara membuat baju besi. "Buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya, dah kerjakanlah amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan."

"Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah dia ciptakan dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar kamu berserah diri (kepadaNya)." (An-Nahl:81)



Teknologi Nano

Keistimewaan Pedang Salahuddin al Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dan kumpulannya di Universiti Teknikal Dresden, Jerman apabila mereka menemui tiub karbon nano (carbon nanotube) di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al Ayyubi dan tentera-tentera Islam dalam peperangan Salib.

Tiub karbon nano inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa; sangat tajam tetapi mudah lentur. Penemuan ini telah diterbitkan oleh jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling bepengaruh di dunia) pada tahun 2006. Menurut sejarah, Salahuddinlah yang telah memimpin pembebasan Tanah Suci ketiga umat Islam daripada cengkaman Kristian hampir seratus tahun lamanya dalam Perang Salib.

Kunci kepada teknologi nano pedang mujahidin Islam ini terletak kepada teknik pembuatannya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sebagai wootz mengandungi sejumlah peratusan unsur karbon (carbon) yang memberikannya sifat rapuh (brittle).

Apabila dikenakan suhu yang amat tinggi, sekitar 800c, campuran besi dan karbon tadi akan ditambah dengan unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat-sifat sebilah pedang setiawan: tajam lagi lentur.

Sayang sekali, teknologi ini telah lenyap menginjak kurun ke-18 seiring dengan kepupusan bijih besi dan unsur-unsur penguat pedang tadi.

Penempa-penempa pedang ini, biarpun secara tidak sedar, telah meletakkan dua asas penting kepada permulaan sains bahan moden: pertama, campuran bahan-bahan kimia pada peratusan yang sesuai dan kedua, teknik penggunaan haba yang tinggi untuk pembikinan produk. Tentera-tentera salib terkedu ketika melihat pedang nano pejuang Islam.

Pedang nano Salahuddin Al Ayyubi yang berwarna kebiru-biruan dengan larik-larik mengufuk di sepanjang bilahnya telah "mengajar" pedang lebar tentera Britain kepunyaan Raja Richard I (panglima tentera salib) akan erti kehebatan teknologi Islam pada zaman itu seperti yang dihikayatkan oleh Sir Walter Scott di dalam bukunya "The Talisman".

klik untuk berita penuh »»

Selasa, 21 Februari 2012

Keagungan dan Senjata Api Zaman Kesultanan Melayu

ARTIKEL KALI INI SAYA MEMBAWA PEMBACA KEPADA SATU KEBENARAN YANG TIDAK ADA DI DALAM BUKU SEJARAH. KEBANYAKAN ORANG MELAYU SEKARANG FIKIR BAHAWASANYA SENJATA-SENJATA ORANG MELAYU DAHULU HANYA KERIS,LEMBING DAN BUKAN PISTOL SENAPANG DAN MERIAM. SEKIRANYA ORANG MELAYU HANYA BERSENJATAKAN KERIS MUSTAHIL UNTUK KESULTANAN MELAYU MELAKA MENJADI KUASA BESAR DI ASIA TENGGGARA. SEBELUM ITU SAYA INGIN BERITAHU YANG ARTIKEL INI AGAK PANJANG TAPI SARAT DENGAN RAHSIA SENJATA-SENJATA ORANG MELAYU. JADI GAGAHKAN DIRI ANDA UNTUK MEMBACANYA…

Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman, tahun berganti tahun, peperangan demi peperangan, hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi…hancur semuanya….bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…

Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka. Kemudian bina negara…bina peradaban kembali. Perlahan-lahan.................

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi? Tak cukup dengan itu , anak-anak zaman sekarang ini dihidangkan lagi dengan filem 'buta sejarah' seperti Puteri Gunung Ledang. Logikkah, tentera dari sebuah empayar yang kaya, pergi berperang memakai baju senipis tisu? Logikkah, pahlawan Melaka dahulu berperang memakai keris dan tombak sahaja? Setahu saya, zaman Arab Jahiliyah pun mempunyai pedang. Agaknya, inilah sebab mengapa filem berbajet RM 20 juta itu gagal meraih trofi ketika Festival Filem Malaysia.


Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang . Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi, gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi, selak lagi, gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan. Bagaimana seorang berpendidikan seperti Menteri Kebudayaan, Tenaga dan Komunikasi boleh membiarkan sejarah tamadun bangsanya dipadamkan dari peta sejarah?

Dalam artikel ini, penulis akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Penulis akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api. Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”

Benarkah begitu?

Apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki Uthmaniyyah, Empayar China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Adakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR menjadi pekak, tuli, buta dan bisu dengan perkembangan ini?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu kecuali gabungan tentera Portugis, kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa, askar-askar upahan dari Goa, Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalaman dari para pedagang asing dan orang Melayu sendiri.

Hang Tuah juga pernah dikerahkan ke Rome untuk membeli persenjataan canggih yg besar yaitu bedil (meriam) untuk memperkukuhkan pertahanan kerajaaan Melaka. Memang terdapat riwayat bagaimana semasa serangan Portugis terhadap Melaka, Melaka tidak mudah tumbang.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah, baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, Winsted, Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri:

Cannon : Meriam, Lela

Portable Cannon/swivel gun : Lela Rentaka

Flintlock Musket : Istinggar

Blunderbuss : Pemuras

Pistol : Terakol



Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:



*pemuras



Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead).

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).



*terakol



Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?




Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.







Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.



*Istinggar



Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket, istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.



Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.



Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.



*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand



Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara. Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga.
Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.



*petikan gambar filem Langkasuka, dalam filem ini bukti yang menunjukkan senjata api sudah digunakan oleh orang melayu sejak zaman kesultanan lagi. Dalam filem ini juga menunjukkan yang putera pahang yang pakar dalam menembak menggunakan terakol atau lebih dikenali sebagai pistol. Di sini amatlah sedih sekali kerana orang melayu pada zaman kini tidak dapat mengunkapkan sejarah-sejarah hebat orang Melayu ini ke layar perak malah diambil kesempatan oleh pembikin filem dari thailand. Jika dilihat pada babak-babak filem itu prob2 dan ketamadun yang ditonjolkan dalam filem itu sudah dikaji dengan lebih terperinci dan apa yang ditunjukkan adalah ketamadunan sebenar orang melayu bukan hanya keris dan lembing.




*putera Pahang yang pakar dalam menembak.




*putera Pahang yang menembak menggunakan terakol.



Jangan berpandukan filem ini jika mahu mengkaji secara mendalam sejarah Patani. Ini filem Thai dan nama ‘Langkasuka’ itu pun tidak tepat. Asalnya penerbit mahu meletakkan nama ‘Queen of Patani’ namun dibantah oleh pihak berkaitan kerana tidak mahu mencetuskan sensitiviti dengan apa yang berlaku di Selatan Thai. Jadi diletakkan ‘Langkasuka’ padahal Langkasuka dan Patani adalah dua kerajaan berbeza.’Lanun’ dalam cerita ini hanyalah fantasi kerana dalam sejarah ketika pemerintahan Ratu Biru, kerajaan Patani diserang oleh Thai, bukannya lanun-lanun Melayu, Jawa dan Jepun seperti dalam filem ini. Dan tiada pula kerabat diraja yang membelot sebenarnya, ia cuma ‘rempah-ratus’ dalam membuat filem itu lebih sensasi.

Fakta sejarah sebenarnya, ketika itu Patani berperang dengan Thai dan seorang Cina Muslim, Lim To Khiam diarahkan oleh Ratu Patani untuk mengetuai tukang-tukang meriam Patani menyiapkan meriam besar. Penglibatan orang Belanda itu hanyalah sensasi sahaja padahal Thai pernah bekerjasama dengan orang-orang Eropah yang tamak ini untuk menjajah Patani.

Saya hanya sarankan untuk membayangkan suasana meriam-meriam Melayu ini beraksi dengan menonton filem ini, bukannya menjadikan filem itu sebagai rujukan sejarah Patani.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris? Jika nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak. 

Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para Residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu. Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India. 

Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan? Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Rajah Perak’ sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India. Tetapi ini tidak berlaku. Bukan sahaja orang Melayu, malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu. Lucu dan aneh.

Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita. Seperti juga hari ini, jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri, sebagai contoh Tulisan Jawi, Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan. Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri, siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri? Orang asing?
Sebagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga. Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

Sumber : http://taufiqduta.blogspot.com

klik untuk berita penuh »»

Jumaat, 17 Februari 2012

Orang Melayu Perlu Bangkit Berjuang – Islam diserang; Melayu diganyang; Raja-Raja disepak terajang!

Itulah gambaran ringkas suasana sosio-politik semasa yang sedang bergolak di Malaysia! Suasana yang jika tidak ditangani dengan tegas dan sewajarnya akan membawa kepada "genosid-politiko" secara halus terhadap insitusi Islam-Melayu & Raja-Raja (IMR); yang akan membawa kepada hilangnya institusi IMR - Islam-Melayu & Raja-Raja dibumi yang tercatat dalam sejarah sebagai Persekutuan Tanah Melayu! Ini membawa kepada persoalan besar yang menjadi topik bualan rakyat termasuk umat Islam iaitu apakah kesan terhadap kedudukan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor khususnya dan Malaysia amnya

setelah pemecatan YB Datuk Dr. Hasan Ali dan pengambilan-alih portfolio Islam daripada PAS yang kini hanya diberi portfolio Adat Resam Melayu, Belia & Sukan, sehingga akronim PAS disamakan sebagai Parti Adat & Sukan! Setelah dihina di Pulau Pinang tanpa sebarang portfolio mahupun jawatan, PAS diaibkan di Selangor dengan hilangnya portfolio Islam dengan pemecatan tokoh pemimpin Melayu-Islam Datuk Dr. Hasan Ali. Bak kata beliau, merampas portfolio Islam daripada PAS sama saperti menjadikan PAS sebuah parti tanpa kaki & tangan. Bemakna PAS dah menjadi kudong dan dikudongkan, saperti sebijik timun. Bergolek pun luka, menggolek pun luka. Begitulah PAS hari ini diperlekeh oleh rakankongsi pakatannya!


Dan apabila seorang pemimpin Melayu-Islam membuat kenyataan bahawa institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang diancam di Selangor & Malaysia”, maka kaum cauvinis dan rasis biaDAP dan para politikus parasit melatah tak tentu pasal, sehingga menuduh kegagalan Kerajaan mengambil tindakan terhadap beliau membuktikan kononnya Kerajaan menggalakkan percambahan fundamentalism, ekstremism dan terorisma Melayu-Muslim! Begitu takut dan gentar cauvinis biaDAP dan para politikus parasit ini dengan kebangkitan dan ketegasan umat Melayu-Muslim mempertahankan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja sehingga dicadangkan supaya pejuang saperti itu dilarang menjejak kaki ke bumi Selangor!

 Begitulah demokrasi dan kebebasan bersuara yang dikompang oleh kaum parasit ini. Bila kena batang hidung mereka, dengan segera hak demokrasi dan kebebasan bersuara yang mereka lalakkan siang malam dibenamkan dengan label ektremism, fundamentalism & terorisma! Pada saya, sebenarnya kegagalan Kerajaan bertindak tegas terhadap para parasit pelampau cauvinis dan rasis inilah yang menyebabkan bertambah bercambah dan dan membiak fahaman radikal yang ekstrim dan biaDAP, yang secara sistematik, terancang dan halus memperlekeh, mempertikai dan cuba melemahkan dan menghapuskan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja! Sedangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja diberi tempat yang mulia dan gah didalam Perlembagaan Persekutuan sendiri.

 Malah, dalam hal ehwal Islam-Melayu & Raja-Raja, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen yang berbentuk diskriminatori yang positif; iaitu memuliakan dan memartabatkan kedudukan dan hak keistimewaan Islam-Melayu & Raja-Raja diatas dan mengatasi segala yang lain! Artikel 3 memperuntukkan “Islam agama Persekutuan”. Tidak ada Perlembagaan dalam dunia ni yang meletakkan Islam sebagai agama negara kecuali Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sebab itu adalah satu kesilapan kalau disebut Islam agama rasmi, sebab kalau ada yang rasmi, maknanya ada yang tidak rasmi. Perlembagaan sebut “agama Persekutuan”, maknanya “agama Negara Malaysia ini ialah Islam”. Kalau mengikut tafsiran ini, bermakna semua dasar, polisi dan perlaksanaan pemerintahan, pengurusan dan pentadbiran negara Malaysia ini samada dari segi ekonomi, politik, perundangan, kehakiman, ketenteraan, hubungan diplomatik, hal ehwal luar negara, sukan, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain mesti dan wajib berteraskan Islam! Sama saperti seseorang yang mengaku Islam, segala kelakuan, peribadi, akhlak dan perbuatannya mesti selaras dan bersamaan dengan Islam; dari hal makan minum, kekeluargaan, pekerjaan, persaudaraan, jiran tetangga, dan banyak hal lain dalam kehidupan mesti dan wajib berteraskan Islam. Maknanya kalu seorang mengaku Islam tetapi mengaku kafir harbi saudaranya, maka jelas dia tidak mengamalkan akhlak dan peribadi seorang Islam, walaupun dibungkus serban dikepalanya, ditutup jubah ditubuh badannya!

 Kedudukan Islam sebagai agama Negara Malaysia diperkuatkan dengan Artikel 3 (2) yang memperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agong, dan Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam bagi Persekutuan dan Negeri masing-masing, dan “segala hak, keistimewaan, kedaulatan dan kuasa” Tuanku Raja-Raja Melayu keatas agama Islam tidak tersentuh dan tercacat oleh apa-apa unsur pun”.
 Atas peruntukkan inilah Tuanku Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak menentukan perlantikan Mufti, Pengerusi Majlis Agama Islam, termasuk pada pandangan teman siapa yang berhak memegang portfolio Hal Ehwal Islam di negeri masing-masing, walaupun terdapat persepsi salah dikalangan sesetengah pihak bahawa hanya Menteri Besar berhak menentukan penyandang portfolio Hal Ehwal Islam. Begitu juga Artikel 11 (4) memperuntukkan bahawa tiada sebarang kerja pendakyahan boleh dibuat terhadap umat Islam. Malah ianya boleh dikanunkan sebagai kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan penal di Mahkamah sivil! Sebab itu pada pandangan teman, isu pendakyahan ini bukan bidangkuasa Jabatan Agama, sebaliknya ianya adalah dalam bidangkuasa dan bidangtugas Polis DiRaja Malaysia, mungkin dengan bantuan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

 Berdasarkan peruntukkan ini, pihak berkuasa, termasuk PDRM & pihak berkuasa Islam berhak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap non-Muslim dan institusi mereka saperti gereja dan lain-lain untuk menguatkuasakan peruntukkan Artikel 11 (4) ini. Sebab itu teman berpendapat tindakan JAIS dalam menyiasat Gereja DUMC mengenai aduan dakyah kristianisasi terhadap umat Islam bukan sahaja diperbolehkan, malahan menjadi tanggungjawab Perlembagaan untuk mereka mengambil tindakan. Bagi golongan yang mempertikaikan kuasa dan bidangkuasa itu bermakna mereka mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan! Artikel 12 Perlembagaan berkaitan dengan pelajaran memperuntukkan bahawa “adalah sah bagi Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-instusi Islam (persekolahan, pembelajaran, pendidikan, IPTA, IPTS dan lain-lain) atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu”.

 Pendek cerita, Kerajaan Pusat & Negeri boleh, dan dibenarkan mengeluarkan perbelanjaan untuk membiaya dan menyelenggara persekolahan dan institusi pendidikan & pembelajaran berkaitan Islam. Ini adalah peruntukkan Perlembagaan.

Dan kalau diperhatikan, tiada sebarang peruntukkan diberikan untuk perbelanjaan dan pembiayaan sekolah-sekolah dan institusi-institusi pembelajaran dan pendidikan yang selain daripada Islam! Maknanya bagi sekolah-sekolah & institusi aliran lain, tidak ada tanggungjawab Kerajaan membantu dan membiaya mereka. Dan apa jua bantuan dan dana yang diberikan selama ini untuk institusi persekolahan, pendidikan dan pembelajaran non-Muslim bukan kerana hak Perlembagaan, sebaliknya hanyalah semata-mata atas ehsan dan budibicara Kerajaan Persekutuan.

 Manakala Artikel 74 dibaca dengan Jadual 9 Senara II Perlembagaan memperuntukkan sebuah Mahkamah khas untuk membicarakan hal ehwal umat Islam dalam perkara yang dimaktubkan saperti perkahwinan, perceraian, harta pusaka, amanah, waqaf dan banyak lagi. Dan dibaca bersama Artikel 121 (1A), Mahkamah sivil tidak boleh samasekali mencampuri urusan Mahkamah syariah ini.

Begitu istimewa institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, Artikel 160 memperuntukkan bahawa bangsa Melayu itu wajib beragama Islam! Kalau seseorang Melayu itu murtad, menjadi bukan Islam maknanya dia bukan lagi Melayu. Sebab itu orang Melayu yang murtad hendaklah dianggap terbatal kedudukan dia sebagai bangsa Melayu.

Ini penting kerana Perlembagaan hanya memberikan hak dan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, saperti yang dimaktubkan dibawah Artikel 153. Malahan, semua Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri-Negeri Beraja memperuntukkan bahawa jawatan Menteri Besar dan tiga jawatan turus utama negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam! Dan begitu istimewa kedudukan Islam didalam Perlembagaan, dalam keadaan darurat diisytiharkan menurut Artikel 150, walaupun Yang DiPertuan Agong dan Parlimen dengan kuasa yang diberi boleh menggubal, menggantung, memansuhkan dan meminda apa-apa undang-undang, “NAMUN Islam, hukum syarak dan adapt istiadat Melayu” langsung tidak boleh disentuh! Berdasarkan ringkasan diatas, dapatlah dilihat betapa Perlembagaan Persekutuan itu memartabatkan, memuliakan, dan menobatkan kedudukan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dengan kedudukan yang tinggi lagi istimewa.

Oleh itu, sebarang pencerobohan, pelanggaran, serangan dan kemungkaran terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja adalah satu penderhakaan dan bughah yang perlu ditentang oleh semua lapisan rakyat yang menghormati Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks itulah apa yang berlaku di Selangor dan negara Malaysia ini sejak Mac 2008 merupakan satu serangan secara sistematik dan halus terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja oleh para parasit yang langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

 Daripada sikap memperlekehkan dan mempermainkan lagu Negara Ku, kepada penghinaan terhadap Jalur Gemilang, mempersoalkan azan, kepada isu mempertikai institusi Raja-Raja Melayu, membawa kepada berjoget-robek di surau masjid, kepada agihan daging korban oleh para kaafirun harbiyun, sehingga kepada usaha dakyah terhadap umat Islam dan penglibatan secara aktif para pastor, missionary dan gereja dalam gejala murtad umat Islam, membawa kepada pemecatan Datuk Hasan Ali dan perampasan portfolio Islam daripada PAS; genosid politik terhadap insitusi dan syiar institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor khususnya, dan Malaysia amnya memang sedang berlaku secara sistematik dan terancang secara halus! Dan dalam isu murtad contohnya, kita melihat penglibatan gereja dan para pastor secara aktif terhadap orang Melayu.

 Daripada kes murtad Jamaludin Osman yang menjadi paderi Melayu pertama dengan nama Father Joshua Jamaludin disebuah gereja di Petaling Jaya, kepada murtadnya Nor Aishah Bukhori dengan nama kristiannya Aishah Felicea, diikuti murtadnya Azlina Jailani dengan nama kristian Lina Joy, hingga kepada isu terbaru dakyah kristianisasi melibatkan gereja DUMC, jelas membuktikan penglibatan secara langsung dan aktif segelintir pendakyah pastor dan gereja-gereja. Pendedahan seorang ahli tegar parti DAP, saudara Razali mengenai usaha penubuhan Negara Kristian dan sumpah para pastor di Pulau Pinang yang mengadakan perhimpunan meraikan kemenangan beberapa calon DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 jelas membuktikan penglibatan secara langsung para pastor dan gereja dalam politik kepartian dinegara ini. Malah lebih memeranjatkan, saudara Razali mendedahkan, melalui keterangan, dokumen dan videoklip mengenai upacara sumpah para pastor mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian!

Tahniah kepada saudara Razali yang akhirnya menemui kewarasan aqidah apabila beliau meletakkan Islam lebih utama daripada politik kepartian. Tetapi keberanian itu dibayar dengan harga yang mahal apabila beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman, sehingga terpaksa menyembunyikan diri dan diletakkan dibawah kawalan keselamatan! Bayangkan seorang Melayu-Muslim terpaksa bersembunyi dan berlindung dibawah kawalan keselamatan hanya untuk mempertahankan dan membela agamanya yang diserang dan cuba dirobek oleh anasir-anasir subversive, ekstremis dan pelampau yang biaDAP dalam negara umat Islam ini! Dan kemuncaknya yang dapat disaksikan oleh seluruh umat dan rakyat negara ini apabila Exco Hal Ehwal Islam yang juga tokoh pimpinan Partai Islam SeMalaysia, YB Datuk Dr. Hasan Ali dipecat oleh partinya sendiri dan digugurkan daripada jawatan Exco bagi portfolio Hal-Ehwal Islam hanya kerana dia cuba mempertahan dan membela institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor Darul Ehsan! Dan yang paling malang, pemecatan beliau oleh partinya langsung tidak menurut adab dan peraturan Islam. Beliau langsung tidak diberi notis tunjuk sebab, apatah lagi membela diri ataupun bersuara dalam isu pemecatannya.

Semuanya dibuat dengan begitu pantas, dan yang kelakarnya ada segelintir dikalangan mereka ini masih mahu mendabik dada bongkak menyatakan merekalah parti Islam yang lebih Islam daripada orang lain! Adalah sesuatu yang paling malang, apabila genosid politik terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja ini berlaku dengan sokongan dan dokongan segelintir parasit politikus kalkatus yang rakus dikalangan bangsat Melayu yang mengaku Islam; dan mereka bertopengkan Islam untuk membantu kaum parasit biaDAP dan cauvinis menghancurkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, hanya untuk memuaskan nafsu serakah mereka mahu menduduki mahkota Putrajaya yang pernah mereka bersumpah dan berikrar mahu lelong dan gadaikan!

 Perlu diingat inilah golongan yang sama yang apabila meletus isu murtad Jamaludin Osman menjadi paderi dengan nama Father Joshua Jamaludin tahun 1986, menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak Anti-Kristian dan mengadakan satu demonstrasi dipanggil “Himpunan Menentang Kristianisasi” di Sitiawan, Perak pada 29 Oktober 1987! Himpunan yang dibantah keras oleh parti DAP, rakan sekongkol PKR & PAS sekarang! Betapa ironisnya Malah ada antara mereka menjadi Nujum Pak Belalang apabila membuat satu ramalan dalam ucapan pada 07 Ogos 1987 dalam satu program di Parit Amal, Johor dengan meramal “seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya tahun 2000”!. Malah mereka mendakwa pada masa itu 66,000 orang Melayu sudahpun murtad! Namun setelah lebih 30 tahun berlalu, apabila tokoh pimpinan PAS, Dr. Hasan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam Selangor sendiri mengambil tindakan terhadap kegiatan gereja DUMC kerana cubaan mendakyah dan memurtadkan orang Islam, dia ditentang habis-habisan. Dan apabila beliau mengadakan Himpunan Selamatkan Aqidah Umat di Stadium Shah Alam, dia dihalang dan ahli partinya dilarang daripada menyertai himpunan itu, walaupun baru beberapa bulan sebelum itu mereka menghalalkan penyertaan dalam satu himpunan haram, walaupun diketuai oleh seorang kafir yang pernah diisytiharkan musuh Islam yang harbi!

 Dan yang paling memeranjatkan, ada segelintir dikalangan mereka pula pada hari ini muncul sebagai kaum yang bermati-matian mempertahankan gereja dan kaum kristian. Ramalan mereka pada tahun 1987 bahawa Malaysia akan dikristiankan pada tahun 2000, menjadi kenyataanapabila mereka sendiri rupanya yang mempertahankan institusi kristianisasi ini, sehingga ada antara mereka bukan sahaja sanggup menjual kalimah ALLAH kepada kristian untuk diguna dalam bentuk trinity yang syirik, malah mereka sanggup mati untuk mempertahankan para kafir harbi yang biaDAP ini! Begitu ALLAH kembalikan fitnah kepada mereka! Na’uzubillah min zalik!

 Benarlah kata YB Datuk Dr. Hasan Ali, bahawa pembangkang yang dianggotainya dahulu sudah diresapi oleh racun segelintir para parasit politikus kalkatus yang rakus mahu bermahkota di Putrajaya “at all cost”, sehingga mereka muncul sebagai pelacur politik murahan yang layak ditongsampahkan dalam sejarah kegemilangan dan kebangkitan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara umat Islam Malaysia ini! Apabila seorang pemimpin yang berjuang mahu membela dan mempertahankan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja digertak dan diugut akan diharamkan daripada menjejakkan kaki ke bumi Selangor Darul Ehsan, maka itu bukti jelas institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang terancam” di Selangor Darul Ehsan dan negara Malaysia!

 Apabila seorang Exco yang dipertanggungjawabkan menjaga hal-ehwal Islam bangkit untuk memartabatkan dan menobatkan insitusi Islam-Melayu & Raja-Raja berakhir dengan dipecat dari partinya dan digugurkan daripada jawatannya, maka itu bukti jelas institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang terancam” di Selangor Darul Ehsan dan negara Malaysia! Dan benarlah sabda Rasulullah saw, apabila sesuatu amanah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka nantikanlah kehancuran! Dan kita nampak itu berlaku apabila parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tidak diberikan portfolio Islam di Pulau Pinang & Selangor! Kita sedang menyaksikan satu proses genosid politik secara halus untuk menghancurkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja secara terancang, sistematik dan halus dihadapan mata kita.

 Kita sebenarnya adalah umat Islam akhir zaman yang disebut oleh Rasulullah saw yang akan melalui proses kehancuran akibat fitnah besar akhir zaman. Maka menjadi wajib ‘ain bagi tiap individu umat Islam bangsa Melayu untuk terus bangkit membela, mempertahankan, memartabatkan, menobatkan dan memuliakan semula insititusi Islam Melayu & Raja-Raja dalam negara ini, termasuk di Selangor Darul Ehsan.

 Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali! Kita memohon dan berdoa kepada ALLAH supaya memelihara iman dan aqidah kita dalam zaman fitan kabir ini! Sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH Yang Esa, dan aku naik saksi sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu adalah Rasulullah!

klik untuk berita penuh »»

Rabu, 18 Januari 2012

Yakjuj dan Makjuj (berita gempar dari NASA)

WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam .. 

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif dan informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.
"Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".


"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang  dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggal di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi". 

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole" "Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". 

"Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama. Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau". "Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu".

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. "Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber. "Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. 

"Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia". "Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yeti (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? 

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. 

Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui. 

DARI SURAH AL KAHFI: Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: "Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 'Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya'. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan. "Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. 

Kami berkata: 'Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'. Berkata Zulkarnain: 'Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya'." (ayat 83 hingga 87) "Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90). 

"Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'. Zulkarnain berkata: 
'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi'. "Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu'.
"Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar'," (ayat 92 hingga 98). 
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. 
Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat.. 

sumber :  keindahansemalam.blogspot.com/2008

klik untuk berita penuh »»